Thursday, April 26, 2007

Akan Kembali ke Kelantan jika anda memangkah UMNO

Wahai saudara-saudari seislamku, wahai nenek dan tokwan, wahai pakcik dan makcik, jangan kotorkan tangan kamu untuk mengembalikan perkara ini ke kelantan. Kekalkan pemerintahan di bawah Kepimpinan Ulamak ini.




Ini konsert sureheboh di negeri Kedah Darul Aman, negeri di bawah pemerintahan UMNO. Mana exco agama kerajaan negeri kedah, kenapa perkara seumpama ini diizinkan, tidakkah ia jelas bertentangan dengan Islam.

Saya dapat mengagak jawapannya, MEMANG IA BERTENTANGAN DENGAN DASAR ISLAM, TETAPI IA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN DASAR UMNO DAN PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA. dan ia juga tidak bertentangan dengan agama baru ciptaan umno, islam had hari.

Hari ini Ehwal Islam di padang yang sama di negeri kedah, minggu depan artis perempuan yang berpakaian seksi terlompat-lompat di atas pentas di padang yang sama. Betullah, Islam had hari ialah Islam yang dilaksanakan pada hari-hari tertentu sahaja, hari lain bolehlah nak bermaksiat atau apa saja.

Rosak Masyarakat Kelantan jika UMNO kembali memerintah

Nauzubillah...inilah yang akan terpacul di mulut setiap ahli dan penyokong PAS yang sayangkan agama jika UMNO memerintah dan masih tidak mengubah dasar sekularnya.

Malah, pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 yang lepas ada yang menitiskan air mata dengan kedudukan kerusi di kelantan yang hampir-hampir tewas kepada kerajaan sekular umno. Bagaimanalah air mata tidak menitis, bagaimanalah hati tidak gelisah dan gundah jika dasar yang dilaksanakan di negeri-negeri lain akan dibawa kembali ke Serambi Mekah ini.

Para Ulama dan ustaz mula memikirkan keadaan ummah, para ibu dan bapa mula memikirkan keadaan anak-anak mereka, yang akan dihidangkan kembali dengan hidangan maksiat oleh parti yang bernama umno ini. Cukuplah tempias kemaksiatan di Kuala Lumpur dan negeri jiran yang terkena pada rakyat kelantan ini. Cukuplah penyebaran media maksiat oleh stesen Televisyen dan majalah-majalah separa lucah yang diluluskan oleh KDN. Tempias ini pun sudah meletihkan kerajaan negeri di bawah PAS untuk mentarbiyah masyarakat dan membetulkan kembali kefahaman Islam yang disesatkan oleh UMNO.

Saya quotekan tulisan Haji Annual Bakri dalam buku pendirian Tok Guru yang berbunyi

Saya menjadi tertanya-tanya hasrat pemimpin UMNO yang menjadi parti teras kepada kerajaan yang memerintah di negara ini. Lupakah kerajaan Datuk Seri Abdullah bahawa pada 5 Ogos 2004, Mufti Perak telah mengharamkan konsert SURE HEBOH. Pendirian Datuk Harusani Zakaria ini disokong oleh Persatuan Ulamak Kedah dan sebahagian daripada Mufti di seluruh Malaysia.

Dalam keadaan ditegur oleh Ulamak sejelas itupun, nampaknya kerajaan Malaysia masih dengan sikap sombong, seolah-olah peringatan mufti-mufti itu tidak ada nilai satu sen pun bagi pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan malaysia.

Apa tidaknya, rakyat malaysia boleh saksikan sendiri program-program yang sangat menyuburkan nafsu, pergaulan bebas lelaki / perempuan dan unsur-unsur histeria yang cuba disuntik curi ke dalam jiwa anak-anak muda.

Tengokkan gelagat dan telatah artis-artis, saya menjadi teringat kepada tabiat arak yang baru dituang ke dalam gelas berleher panjang. Ia berbuih, berasap dan melenting, melonjak bagaikan galaknya penghibur di pentas menghibur penonton. Bagaikan arak juga, hiburan yang tidak terkawal ini boleh memabukkan penggunanya. Hiburan yang melampau akan melahirkan gejala kemabukan nafsu yang boleh mengakibatkan terbitnya rangkaian gejala sosial negatif yang lain.

Ia boleh menetas dan membentuk budaya gemar melepak, membuang masa, mencuri, bermalam di rumah kawan, merokok, menghidu gam, mengambil dadah, pil khayal, berkhalwat, berzina, merogol, meliwat, meragut, memeras ugut, menculik dan boleh sampai ke peringkat sanggup memukul, menikam, membakar dan membunuh.


WALLAHUA'LAM

Monday, April 23, 2007

Bukti Kami melaksanakan Islam

Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam.

Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit.

Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat. Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat.

Ya Allah selamat dan kekalkan pemerintahan ini

Hari ini 6 Rabiulakhir 1428 bersamaan 24 April 2007, semakin hampir kita ke Medan tempur pilihanraya umum ke 12. Kelantan pada saat ini berada dalam keadaan yang agak kritikal dengan hanya satu kerusi mengatasi pembangkang Barisan Nasional. Keadaan ini amat-amat merungsingkan, adakah kita akan mengekalkan lagi kerajaan Islam ini atau akan dirampas kembali oleh Kerajaan Sekular UMNO barisan nasional. Ya Allah, kami redha sekiranya UMNO mengubah dasar pemerintahannya kepada Islam, mengikut telunjuk Al-Quran, tapi sekiranya dasarnya masih lagi bertentangan dengan suruhan dan ajaranmu, akan kami tentang dan lawan dan mempertahankan Kubu Islam yang satu ini. Bantulah kami Ya Allah dalam menghadapi mereka ini....